Isi Lirik Qasidah 'Ya Hanana' Lengkap dan Artinya

3/22/2016

Isi Lirik Qasidah 'Ya Hanana' Lengkap dan Artinya

Qashidah ‘Dhaharaddin’ atau lebih terkenal dengan qashidah ‘Ya Hanana’ sudah sangat populer di kalangan masyarakat. Banyak sekali orang yang ingin mengetahui bait demi bait qashidah tersebut. Maka dari itu, berikut adalah bait-bait qashidah ‘Ya Hanana’ beserta artinya. Ditulisnya ini, semoga memberi manfaat untuk para pembaca semua.

يَا هَنَانَا
“Betapa Beruntungnya Kami“

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد #  بِظُهُورِ النَّبِى اَحمَد
“Telah muncul agama yang didukung,  dengan munculnya sang Nabi Ahmad“

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد # ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
“Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT“

يَا هَنَانَا
“Betapa Beruntungnya Kami“

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى #  وَحَوى لُطفَ المَعَانِى
 “Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna“

مَالَهُ فِى الخَلْقِ ثَانِى #  وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
“Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW) “

يَا هَنَانَا
“ Betapa Beruntungnya Kami”

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر  #  لِاَجْلِهِ انْشَقَ القَمَر
“ Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW) “

وَافتخَرَت آلُ مُضَر #  بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
“ lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia “.

يَاهَانَانَا
“ Betapa beruntungnya kami “

اَطْيَبُ النَّاسِ خَلْقًا #  وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
“ Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya “.

ذِكْرُهُ غَربًا وَشَرقًا  # سَائِرٌ وَالْحَمدُ لِله
“ Semua manusia di Barat dan Timur menyebutnya, segala puji hanya bagi Allah SWT “

يَاهَنَانَا
“ Betapa beruntungnya kami “

صَلُّوا عَلَى خَيْرِ الاَنَام #  الْمُصْطَفَى بَدْرِ التَّمَام
“ Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama “

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا  #  يَشفَع لَنَا يَوْمَ الزِّحَام
“ Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan “.

يَا هَنَانَا
“ Betapa beruntungnya kami “ 
Sumber: RPAIL